Tuesday 2 July 2013

:)

Semakin aku menjauh, semakin dia dekat. 
Semakin aku cuba melupakan, semakin dia mendampingi. 
Semakin aku mendalih, semakin dia mempersetujui. 
Selalu aku menolak tetapi dia terus memujuk. 
Selalu aku melawan tetapi dia tetap sabar. 
Katanya,

"Aku menikahimu atas amanah yang diberikan ke atasku, baik dari ibubapamu, ibubapaku & Allah".

Bertuahnya memenangi cinta lelaki soleh, yang mahu terus menjaga kita atas nama agamanya. Dia tidak pernah menghebahkan cintanya kepada semesta kerana katanya fitnah ada di mana-mana dan takut hasad dengki manusia menghancurkan kebahagiaan yang dibina. Dia menasihatkan agar menyerahkan cinta itu kepada Allah, katanya :

"Jika kita jaga cinta kita pada Allah, Allah akan jaga cinta kita sesama manusia".

Cinta itu bukan datang dengan tercemar tetapi cinta itu sepatutnya dalam redha Allah kan 


No comments:

Post a Comment